22-06-2008
Antenatal Class
Alamak...hari tu lupa betul nak bawak kamera, so takdela gambar masa kelas tu. tapi takpe, gantikan dengan gambar notes and doorgift yang dapat hari tu...
Sekarang ni dah 36 weeks. Memang buat check up Dgn Dr Khamsiah kat An-Nur, pegi masa dah dekat 30 minggu, buat check up kat government hospital jugak. so, dua-dua pun buat. Memandangkan keje kat hospital, so ada 2 choice bersalin, kalau sakit kat hospital ni, terus je la kat sini je. Tapi plan A nya memang kat An-nur sebab inginkan keselesaan dan privacy.
Antenatal Class start pukul 8.30 pagi sampai pukul 5.00 ptg. Pegi dengan husband tercinta. Nak buat note kat sini so tak lupa nanti kalau mengandung lagi ka ka ka. So, just nak note down and share the experience hari tu. A lots of things that I learned that day. Walaupun dah banyak baca buku and dapat information from internet, tapi penerangan semasa kelas ni adalah sangat jauh berbeza. Dengan kehadiran orang-orang yang benar2 pakar, ianya sangat membantu dari segi persiapan mental dan fizikal.
Kelas hari tu dimulakan dgn ceramah oleh Ustaz mengenai kelahiran dalam Islam, cukur rambut, aqiqah dan banyak lagi la.
Lepas tu Dr Fatimah bagi penerangan mengenai normal delivery and caesarian What are the indications for caesarian. Dr bukan senang2 je nak buat caesarian ni. kalau memang dah tak boleh normal baru they decide for caesarian.
Ada jugak lecture mengenai penyusuan susu ibu, teknik, kebaikan dan lain-lain lagi. untuk suntikan epidural pulak, kena rancang dari sekarang gak nak epidural ke tak sebab epidural ni elok diambil masa sakit contraction yang sikit2, yang bukak baru 3-4cm. Untuk vaksinasi anak lak, Dr pediatric suggestkan untuk bagi anak vaksinasi pneumacoccal sbb that virus very dangerous and can affect the whole body included the brain. Tapi vaksinasi tu ada kat private aja dan mahal. kat government takde.
Sebelah petang lak kami bersama dengan pakar maternity, Mdm jenlia from jenlia Maternity centre. part ni yang paling penting sebab dia beri penerangan mengenai proses kelahiran, breathing tecnique, the husband role...
Signs of labour
1. Show-blood stained mucus
2.Contractions
3.Ruptured membranes
Breathing Technique
Masa contractions utk kurangkan sakit
Tarik nafas
Hembus dengan mulut guna nafas dalam dada
Push tecnique
Tarik nafas dalam-dalam masa contraction datang
Tahan nafas tunduk kepala ke dada dalam 10 saat
Hembus nafas sambil push kuat kuat selama yang boleh so baby senang keluar.
yang penting kena push masa Dr cakap push and jangan push kalau Dr cakap stop.
Nota ni untuk simpanan dimasa akan datang....ke ke ke
Harap-harap dapat praktik masa bersalin nanti, semoga Allah permudahkan segalanya....Amin